Menjadikan Tuhan sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan
keselamatan hidup dunia dan Akhirat.Roh semulajadi manusia ingin
disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin
dicintai dan mencintai. Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama
insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa sayang
pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada benda. Ini yang
membezakan di antara 'sayang' dengan 'kasih sayang'. Manakala perasaan
cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta
paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan.
Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau
cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama
sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam
sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu
telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan
dipuja-puja itu hancur berkecai.
Di sini barulah kita sedar
bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta
yang hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu. Kita sahaja
yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam
perjalanan umur, cinta kita kepada orang lain atau cinta orang lain
kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang
mengungkainya semula atas sebab-sebab yang berrnacam-macam.
Oleh
kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun
bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan
sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun is
tidak salah. Cinta itu tidak abadi.
Sebaliknya berilah dan
terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu
cintakan Allah yang Maha Agung. Inilah cinta yang hakiki, yang sejati,
yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di
Akhirat.
Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya.
Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan
menenangkan. Buahnya paling menghiburkan dan paling membahagiakan.
Tetapi malangnya cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil
perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta-cinta murahan yang
lain. Mungkin daripada jutaan manusia, hanya seorang yang memburunya.
Kalau
seseorang itu telah mencintai Allah, walaupun seluruh makhluk
memusuhinya atau membencinya, namun dia tetap mendapat kebahagiaan dan
ketenangan. Sebalikriya cinta kepada makhluk tidak akan membawa manusia
kepada kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta hakiki lagi
agung daripada Allah itu tidak dimiliki. Sebab itulah orang yang beriman
dengan Allah dan mentaatiNya sentiasa tenang walaupun di dalam
kesusahan dan ujian.
Oleh yang demikian, kalau kita tidak dapat
memiliki cinta daripada manusia, usahlah bersedih hati kerana cinta itu
tidak abadi. Pun tidak hakiki dan sejati. Kalau begitu, cari dan burulah
cinta yang agung, iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya.
Sesiapa
yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah
hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya
ialah:
1.Tiada kecewa
Seseorang itu tidak akan kecewa
dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di
bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang
akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua
makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang
sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam
perebutan mencari cinta agung.
2.Tiada saingan
Tidak akan
berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari
cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada
cinta manusia, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada
yang kecewa dan menderita.
3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan
Mendapat
cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan
kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan
kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalarn usaha meraih cinta
agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan.
Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan
itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan
keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas RahmatNya. Maka di situ pula
bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai,
tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT
yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan.
Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada
ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di
tangan, namun fikiran masih kusut.
Mereka yang gagal mendapat dunia
yang dicintai dan diburunya itu pula sudah rarnai yang sakit jiwa dan
berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam
percintaan yang tidak kekal itu.
4. Dapat kawan dan perpaduan
Bersama-sama
mencari Tuhan membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia
itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah
jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut
cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu
sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta
yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut
cinta dunia akan mengakibatkan ukhuwah dan persahabatan makin jauh dan
terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan permusuhan.
5. Menghilangkan mazmumah
Mencari
cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah
sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki,
sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan
segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan.
Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan
dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa.
Sebaliknya,
merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan
berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon
mazmumah dalam diri manusia.
6. Disenangi oleh orang
Mengejar
cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa
tercabar atau tergugat dalan pertarungan merebut cinta Tuhan Orang yang
berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia
senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya
Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong
kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan.
Sebaliknya
di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan
cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin
sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda
hidup.
7. Tidak akan kesepian atau keseorangan
Memburu
cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan
bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang
menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar
boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di
waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita
cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan
mengawal kita kerana Dia tidak tidur.
Meletakkan cinta dan harap
pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana
kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat
yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan
diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu
dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi
pelindungnya setiap masa.
8. Jalannya luas dan selamat.
Mengejar
cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala
mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta
memudharatkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan
cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain
Tuhan.
Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang Masa berjalan
begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik. Ertinya begitu laju
umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap
detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai. Setiap
detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita
makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa
yang kita cintai itu makin hail makin jauh terpisah dari kita. Sedangkan
Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. Alangkah
malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan
cinta. Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan
dengan Tuhan yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita. Ertinya
kita pergi ke Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa-apa. Yang kita
cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan
berhadapan dengan kita. Maka kita akan berhadapan dengan dua kali
penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Tuhan.
Roda
umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita
tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari
kita. Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi.
Kenapa Tuhan perlu dijadikan cinta agung? Setiap makhluk perlu
menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya kerana terialu banyak nikmat dan
kasih sayang yang Allah limpahkan kepada makhlukNya. Kasih sayang Allah
pada makhlukNya boleh dilihat dari dua sudut. Pertama dari sudut ilmu
dan kedua dari sudut realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.
i. Dari sudut ilmu
Banyak
ayat Quran dan Hadis yang memperlihatkan kasih sayang Allah pada
hamba-Nya. Di atas kasih sayang Tuhan itu, wajarlah seorang hamba itu
meletakkan cinta agungnya hanya kepada-Nya.
ii. Di sudut realitinya
Dalam
realiti kehidupan manusia, kita wajib meletakkan cinta agung kepada
Tuhan yang Maha Agung supaya dengan itu kita akan mendapat ketenangan
yang agung di dunia dan Akhirat. Ini kerana:
a) Allah itulah
Tuhan yang mencipta dan menghidupkan kita serta menjadikan seluruh isi
dunia ini untuk kita gunakan, cuma jangan sampai menyalahgunakannya.
b) Dia jugalah Tuhan yang menjadikan Akhirat sebagai tempat tinggal kita yang abadi selepas mati. Dan jika kita ber
iman
dengan-Nya, menyembah dan mentaati-Nya serta berbuat balk seperti yang
Dia kehendaki; bukan seperti yang kita kehendaki, maka kita akan
ditempatkan di dalam Syurga yang nikmatnya tidak dapat kita bayangkan di
dunia ini. Tetapi kalau berlaku sebaliknya, maka azab NerakaNya pula
yang akan ditimpakan kepada kita yang mana tidak dapat digambarkan
penderitaannya. Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari azab yang
dahsyat dan pedih ini.
c) Allah jualah yang menciptakan suami
untuk berhibur, isteri untuk bersenang-senang dan anak-anak sebagai
cahaya mata penyejuk hati. Kalau begitu mengapa kita tidak mencintai
Allah, Tuhan yang mengurniakan kita suami, isteri dan anak-anak itu?
d)
Sewaktu kita diuji oleh kesakitan maka Allahlah yang menyembuhkan.
Diberi kelegaan daripada kesakitan yang kita alami. Dikurniakan
ketenangan dan kesabaran ketika berhadapar dengan kesakitan dan
kesusahan. Disembuhkan selepas sakit bukankah merupakan satu nikmat
Tuhan yang wajib disyukuri?
e) Allah jualah yang memberi rezeki
yang tidak terhingga banyaknya yang mana dengan itulah kita dapat makan,
minum, berpakaian dan lain-lain. Maka dengan itu selamatlah kita dari
lapar, dahaga, telanjang dan sebagainya.
f) Kalau ada masalah
atau ujian hidup, kepada Allahlah kita minta penyelesaian. Setiap hamba
merasakan dia mempunyai tempat untuk mengadu dan berharap. Ada satu zat
yang Maha Agung yang mana setiap hamba boleh menyandarkan segala harapan
pada-Nya. Harapan itu pun sudah cukup melegakan. Itu pun sudah memadai
untuk menjadikan kita manusia yang tidak berputus asa dan kecewa,
harapan ini akan mengurangkan tekanan jiwa.
pergi) Allah
menjadikan manusia sebaik-baik makhluk. Lebih mulia dan sempurna dari
haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Malah manusia yang bertaqwa lebih
mulia dari para malaikat. Manusia dikurniakan akal fikiran yang mana
dengannya manusia dapat ilmu dan mampu menguasai makhluk lain walau
sebesar dan sekuat mana pun makhluk itu.
h) Allah jugalah yang
menggilirkan malam dan slang agar manusia dapat berehat dan bekerja
sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.
Cukuplah sekadar itu
senarai nikmat-nikmat yang besar yang kita terima dari Tuhan. Sebenarnya
banyak lagi nikmat Allah pada kita yang kita tidak mampu kita hitung,
seperti firman Allah:"Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya
kamu tidak akan dapat menghitungnya."
Berdasarkan hujah-hujah di
atas maka sewajarnyalah kita mencintai Allah iaitu dengan cara beriman
dan menyembahNya sepertimana yang Dia mahu, bukan sepertimana yang kita
mahu. Seterusnya mentaati perintah dan menjauhi laranganNya.
Oleh
kerana begitu besar dan agungnya Tuhan dalam hidup kita maka dalam kita
berbuat apa sahaja, biarlah bersama Tuhan. Sertakan Tuhan dalam
kehidupan, bawalah rasa bertuhan ke mana-mana. Jadikan Tuhan
segala-galanya dalam hidup, modal hidup mati kita, aset yang kekal
abadi. Mencari Tuhan akan memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada
kita. Meninggalkan Tuhan, kita akan kecundang. Tuhan adalah harta yang
bukan harta yang sangat diperlukan. Selain Tuhan adalah harta yang tidak
memberi jaminan. Jika kita memiliki Tuhan hakikatnya kita memiliki
segalagalanya manakala kehilangan Tuhan pula adalah kehilangan
segala-galanya..............