Kifarah

Setelah menyakiti hati seseorang, kamu mungkin bisa tersenyum, tapi senyuman itu tidak bertahan lama dan akan menjadi mimpi ngeri apabila mereka menadahkan tangan pada Allah.

Bersiap sedialah untuk sebuah kifarah. Kifarah dari perbuatanmu mungkin datang dengan cara yang lain. Allah bisa menghantar ujian melalui orang yang jelek sebagai pengajaran. Berhati-hatilah ketika menzalimi orang.

“Beratnya hukuman di usia tua akibat dosa di waktu muda.”

Ibnul lauzi ranimahullah berkata :-

" Kadang kala hukuman itu diakhirkan, dan datang di akhir usia. Maka betapa berat dirasakan hukuman di usia tua akibat dari perbuatan dosa di masa muda!"

[Shäidul Khathir (315)]

Dalam kehidupan, ada banyak contoh di mana kita melihat orang yang melakukan kejahatan atau menindas orang lain pada usia muda akhirnya menerima balasan yang setimpal ketika telah tua —bukan semestinya dalam bentuk kekayaan yang hilang atau masalah kesihatan, tetapi juga dalam bentuk yang lebih halus, seperti kesunyian. Pada usia tua, apabila seseorang lebih memerlukan sokongan dan kasih sayang, kesunyian ini boleh menjadi balasan yang paling menyakitkan.





Namun, kita harus ingat bahawa Allah tidak zalim kepada hamba-Nya. Kifarah bukanlah hukuman kekal, tetapi lebih kepada peringatan untuk menyedarkan kita. Ia adalah peluang untuk bertaubat, memperbaiki hubungan dengan Allah, dan memperbaiki kesalahan terhadap sesama manusia.


Sesorang yang menyedari bahawa penderitaan yang dijalaninya adalah atas kifarah kesalahan masa lalu akan lebih mudah kerana ia akan menghindarkan diri dari apa yang menjadi pemicu kifarah tersebut.   Berbeza dengan orang yg in denial, kifarah tersebut mungkin akan berulang-ulang kerana belum munculnya sikap redho dan mengakui kesalahan sendiri.


Apa yang Perlu Dilakukan Jika Menghadapi Kifarah?

  1. Bertaubat dengan Ikhlas: Taubat adalah kunci utama. Dengan ikhlas memohon ampun kepada Allah, kita membersihkan hati dan jiwa kita dari dosa-dosa yang lalu.
  2. Memohon Maaf kepada Orang yang Dizalimi: Jika kifarah datang kerana perbuatan zalim kepada orang lain, mohonlah maaf dengan tulus. Usaha ini bukan sahaja dapat meredakan kifarah, tetapi juga memperbaiki hubungan sesama manusia.
  3. Memperbaiki Diri dan Perbuatan: Gunakan kifarah sebagai peluang untuk berubah. Perbaiki sikap dan banyakkan amalan kebajikan, membantu orang lain dan menjadi manusia yang lebih baik.
  4. Sabar dan Redha: Kesabaran dalam menghadapi kifarah adalah tanda kekuatan iman. Dengan sabar, kita mendekatkan diri kepada Allah dan memahami hikmah di sebalik ujian yang diberikan.
  5. Berdoa dan Bersandar pada Allah: Jangan berhenti berdoa. Doa adalah senjata paling kuat bagi seorang hamba, dan Allah sentiasa mendengar doa orang yang ikhlas.

Kesimpulan

Kifarah bukanlah penamat hidup. Ia adalah peringatan dan peluang yang diberikan oleh Allah untuk kita kembali ke jalan-Nya. Setiap ujian yang diberikan mempunyai hikmah tersendiri, dan kifarah adalah salah satu cara untuk kita menilai semula kehidupan dan mengambil langkah ke arah kebaikan. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, dan pintu taubat sentiasa terbuka.


Comments

Popular posts from this blog

TANDA-TANDA TERKENA GESTRIK

Entry Terbaru