Posts

Showing posts from April, 2025

Ubah Kecewa Menjadi Simpati

Image
Tak sangka… kadang-kadang, hanya dengan kata-kata, kita mampu menyelamatkan rumah tangga orang lain. (Tapi.. semua itu atas izin Allah juga). Bila seseorang datang mengadu masalah, tak semua perlu disambut dengan, “Cerai je.” “Tinggalkan dia. Lelaki toxic buat apa disimpan2” Kadang yang bertanya itu, dia cuma nak didengar. Kadang, dia cuma perlukan harapan. Cuma ingin tahu… masih ada ruang untuk mencuba? Dan kadang-kadang, kita sendiri tak sedar… diam kita, atau nasihat kecil yang kita beri itulah yang jadi titik tolak untuk dia bertahan. Kisahnya begini. Malam itu, Datin Cerry (bukan nama sebenar) menghantar mesej panjang. “Miss Mirror, saya stres. Suami saya berubah. Dulu dia lembut, sekarang cepat marah. Dulu dia selalu puji, sekarang mata dia lebih suka meliar pada perempuan2 seksi kat media sosial.” Nada dia tenang. Tapi dalam setiap ayat, ada luka yang dah lama dia simpan. “Bayangkan… saya buka phone dia, saya tengok dia follow ramai perempuan dedah sana-sini. Social...

Rahsia Ketenangan Hati

Ramai di antara kita rasa dah ‘maafkan’, tapi kenapa masih belum tenang?. Masih teringat, masih terkilan? Sebenarnya, memaafkan itu ada lapis-lapisnya. Dan redha itu pula letaknya lebih tinggi dari sekadar memaafkan.  Memaafkan bukan sekadar tak ungkit atau tak marah. Ia bermula bila kita benar-benar tak lagi menyimpan kebencian, tak lagi berperang dalam hati bila terkenang apa yang pernah berlaku. Tapi selagi masih ada sisa luka dalam diam, itu tandanya kita masih dalam proses, belum selesai.  Nak faham erti sebenar memaafkan?. Belajar mengenal Allah. Bila kita mula kenal sifat-sifat Allah seperti Al-Tawwab, Al-Ghaffar kita mula sedar bahawa Allah itu Maha Menerima taubat, berkali-kali, tanpa jemu. Dan bila kita benar-benar percaya pada sifat itu, kita akan lebih mudah memaafkan. Sebab kita tahu, manusia itu memang diuji untuk saling menyakiti dan saling belajar memaafkan.  Kadang-kadang, kesalahan orang pada kita itu sebenarnya ‘alat’ untuk Allah ampunkan dosa kita. Jad...