Tolong ingatkan esok kena beli ayam, kubis.... kentang dah ada.
Nak buat CHICKEN CHOP resepi Ladywa.
Tuesday, July 15, 2014
Friday, May 23, 2014
Menang Contest
Mood happy malam ni sebab dah menang satu contest.
Ini adalah merupakan kemenangan kali ke empat
dalam penyertaan contest di alam maya.
Syukur alhamdulillah.
Ini adalah merupakan kemenangan kali ke empat
dalam penyertaan contest di alam maya.
Syukur alhamdulillah.
Tuesday, May 6, 2014
7 PINTU NERAKA
1. Hawiyah
Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, iaitu mereka yang selama hidup didunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Orang muslim lelaki dan perempuan yang tindak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam, seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan jilbab (tudung), bagi para lelaki muslim yang sering memakai sutera dan emas, mencari rezeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya, Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya. Surah Al-Qari'ah.
2. Jahiim
Neraka sebagai tempat penyiksaan orang-orang musyrik (menyekutukan Allah). Mereka akan disiksa oleh para sesembahan mereka. Dalam Islam, dosa syirik adalah salah satu dosa paling besar kerana syirik bererti menganggap ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan juga menganggap ada Tuhan selain Allah. Surah Asy-Syu'ara' dan Surah As-Saffat.
3. Saqar
Neraka untuk orang munafik (mendustakan perintah Allah & rasul). Mereka mengetahui bahwa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Muhammad, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. Surah Al-Muddassir.
4. Lazhaa
Neraka yang disediakan untuk orang yang suka mengumpulkan harta, serakah dan menghina orang miskin. Bagi mereka yang tidak mahu bersedekah, membayar zakat, atau menunjukkan muka masam apabila ada orang miskin datang meminta bantuan. Surah Al-Ma’arij.
5. Huthamah
Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar mengumpulkan harta, mereka yang serakah tidak mahu mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksaan kepada manusia pengumpul harta. Surah Al-Humazah.
6. Sa'iir
Neraka yang diisi oleh orang-orang kafir dan orang yang memakan harta anak yatim. Surah Al-Ahzab, Surah An-Nisa', Surah Al-Fath dan Surah Luqman.
7. Wail
Neraka yang disediakan untuk para pengusaha atau peniaga yang licik, dengan cara mengurangi berat timbangan, menjual barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat-lipat. Barang dagangan mereka akan dibakar dan dimasukkan ke dalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka. Surah Al-Tatfif dan Surah At-Tur.
Neraka dipegang (ditahan) oleh tujuh puluh ribu tali, dan setiap talinya dipegang oleh tujuh puluh ribu malaikat.
Sunday, April 27, 2014
Wajah Perempuan- Perempuan Neraka
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis mankala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw, mengapa beliau menangis.
Beliau menjawab,
"Pada malam aku di isra'- kan, aku melihat perempuan- perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis."
Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan,
"Mengapa mereka disiksa seperti itu?"
Rasulullah menjawab,
"Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.
Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.
Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
Sunday, April 20, 2014
Pencen Kubur Untuk Orang Tua Kita Yang Telah Meninggal Dunia
Sungguh, ada seseorang DINAIKKAN DARJATNYA di syurga, sehingga dia bertanya:
"Dari mana ini?"
Maka dikatakan kepadanya: "Itu kerana PERMINTAAN AMPUN ANAKMU untukmu."
(HR Ibnu Majah : 3660)
Alfatihah untuk kedua Arwah Ayahku dan Bapa Mertuaku...
Ya Allah... kau ampunilah dosa2 mereka Ya Allah..
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu kecil..
aamiin... ya rabbal alamin..
T __ T
Friday, April 18, 2014
Saturday, April 12, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
Biawak Hidup?.
Living off = hidup dengan bergantung pada sesuatu/seseorang sebagai sumber kewangan atau keperluan hidup. living off your parents → hid...
-
Tanda-tanda terkena gestrik Ulser peptic ditakrif sebagai luka kecil yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dip...
-
Assalamualaikum Sometimes, life feels too loud. Too fast. And the heart begins to crave something deeper, something lasting. It’s in those q...
-
Setelah menyakiti hati seseorang, kamu mungkin bisa tersenyum, tapi senyuman itu tidak bertahan lama dan akan menjadi mimpi ngeri apabila me...


