Tuesday, August 18, 2026

Beza WILL & WOULD

 WILL

  • Will = akan / keputusan atau perkara yang dijangka berlaku.
    I will go. = Saya akan pergi.
    → Bunyi pasti/tegas.

WOULD = Inshaallah




  • Would = akan dalam keadaan tertentu / andaian / bersyarat.
    I would join you tonight. = Saya akan ikut awak malam ini (kalau keadaan mengizinkan / jika boleh).

Jadi would bukan semata-mata “kemungkinan”. Ia biasanya ada unsur andaian atau syarat yang tersirat.

Contoh:

I will join you tonight.
Saya akan ikut awak malam ini. → Saya memang akan ikut.

I would join you tonight.
Saya akan ikut awak malam ini. → Kalau boleh/kalau keadaan mengizinkan, saya akan ikut.


Would juga digunakan untuk membuat permintaan atau pertanyaan dengan nada lebih sopan, lembut dan tidak terlalu direct.

Contoh:

  • Would you like some tea?
    = Awak nak teh? / Mahu teh?
    → lebih sopan daripada Do you want some tea?
  • Would you help me, please?
    = Boleh tolong saya?
  • Would you mind opening the window?
    = Boleh awak buka tingkap?
  • Would you like to join us?
    = Awak nak sertai kami?
  • Would you please wait here?
    = Boleh tunggu di sini?
  • Would it be okay if I joined you?
    = Tak apa ke kalau saya ikut awak?

Ringkasnya:

Will you...? → lebih direct
Would you...? → lebih polite/soft

Contohnya:
Will you help me? = Tolong saya boleh?

Would you help me? = Boleh tolong saya? (lebih lembut) 


No comments:

I used to VS I am used to.

I used to + verb =  Dulu saya biasa / pernah buat , tapi  sekarang dah tak . I used to drink coffee. Dulu saya minum kopi, sekarang dah tak....