Tuesday, February 21, 2012

Jenis-jenis kanser payudara


Peringkat-peringkat Kanser Payudara (breast canser)

Peringkat I -  kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. 

Peringkat II  - Ukuran tumor  antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III - Ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV - telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Semoga sahabatku sembuh seperti sediakala..... amin.  


    

Monday, February 20, 2012

AWAS!


Kata-kata Ustaz Azhar Idrus :

♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.




Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA


Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yg mulia
Penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin
Subuh yg indah
12 rabiul awal yg cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yg syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putera yg utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yg terpuji
Nikmat Ilahi sama disyukuri
Terima putera yg berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jd gembira
Terima junjungan yg mulia....
SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA... Sama2lah kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W, mudah2an kita akan mendapat syafaatnya.

Saturday, January 21, 2012

INI BLOGLIST KAK MIRROR YANG KEDUA

Jgn plak ada yg tertanya2... siapa empunya blog la ni??  Ni Kak Mirror punya blog ler..
Abih blog satu lagi tu dah penuh dah bloglist, kalau nak bubuh lagi... alamat la loading sejam gamaknya.. maka Kak Mirror buat "rumah baru" ni pulak.. utk senang buat kunjungan balas teman2 yg rajin mengunjungi Kak Mirror di blog "Miss Mirror" tu.

Oh ya... terima kasih la atas segala sokongan anda selama ni.. yg sudi rajin2 singgah, bertanya khabar.. apatah lagi yg rajin tinggalkan komen. 

Monday, December 19, 2011

TANDA-TANDA TERKENA GESTRIK

Tanda-tanda terkena gestrik
Ulser peptic ditakrif sebagai luka kecil yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil duodenal ulcer) ataupun perut (dipanggil gastric ulcer). Ulser ini selalunya benign (tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).

Apakah yang menyebabkan terjadinya penyakit ini?

Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.

Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter pylori (lebih biasa dikenali sebagai H. pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.

Apakah faktor yang mempengaruhi penyakit ini?

Antara faktor-faktor yang perlu diperhatikan ialah:

pengambil ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dsb. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.

orang yang lebih tua, berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi), atau sebab-sebab lain.

penyakit tertentu seperti Crohn's disease dan Zollinger-Ellison syndrome

hal-hal yang berkaitan dengan reflux. Kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bile masuk ke dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, pylorus boleh merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku.

orang yang berdarah jenis A.

pengambilan kafein dan alkohol berlebihan.

perokok.

pemakanan yang tidak terurus.

stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.



Tanda-tanda

Pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di bawah ini:
sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut
rasa pening kepala.
mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.
muntah.
badan rasa lemah lesu.
berat badan menurun.
najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah).



Langkah-langkah yang boleh anda lakukan

Langkah-langkah untuk melegakan penyakit ulser perut ini termasuklah:

makan yang kerap. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.

rehat yang lebih.

jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser (sila rujuk di atas).

pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut.

ambil vitamin C 100mg untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kaser perut.

tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan.

pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan.



IKLAN JAP!





Percutian ke Perth ...
Sila wassap kami untuk keterangan lanjut atauk klik link..



Ubat-ubat yang boleh diambil

Antara ubat yang selalu diberikan untuk melegakan gastrik ialah :

antacids. Ubat-ubat ini melawan asid (anti-asid). Antara jenama terkemuka ialah seperti Actal, Gelusil, Mylanta, dsb. Antacids yang mengandungi aluminium boleh menyebabkan sembelit manakala yang mengandungi magnesium boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya diambil berlebihan. Ubat-ubat ini selalunya dalam bentuk cecair atau tablet yang dikunyah. Antacids adalah ubat-ubatan yang selalu diberikan sekiranya anda mengambil ubat-ubat tahan sakit, dan penggunaannya dalam keadaan ini boleh menghalang berlakunya gastrik.

H2receptor antagonists seperti Zantac (Ranitidine), Tagamet (Cimetidine), Axid (Nizatidine) dan Pepcidine (Famotidine) - dalam kurungan adalah bahan aktifnya.

proton pump inhibitors seperti Losec (Omeprazole) dan Lansoprazole.

prostaglandin analogues seperti Cytotec (Misoprostol).

ubat-ubat terbaru untuk merawat ulser ini adalah bertujuan untuk membunuh H. pylori. Pengambilannya hendaklah diteruskan selama satu hingga dua minggu. Antara rawatan yang popular ialah pengambilan Losec (Omeprazole) bersama-sama dengan Clarithromycin dan Metronidazole selama dua minggu. Ketiga-tiga ubat ini diambil sekali.

Ulser didapati sering berulang-ulang terutama sekiranya H.pylori tidak dibunuh. Dalam erti kata lain, pengambilan ubat-ubatan selain daripada yang boleh membunuh bakteria H. pylori adalah sebagai langkah yang berterusan. Pesakit yang mengambil ubat untuk membunuh bakteria H. pylori selalunya (90%) tidak lagi mengalami masalah ulser selepas itu.

Kajian terkini mendapati ada kaitan antara H. pylori dengan kejadian kanser perut. Di Colombia dan China, di mana kehadiran H. pylori dalam usus adalah biasa, peratusan yang menghidapi kanser perut adalah tinggi.

H. pylori boleh berjangkit melalui air minuman dan pemakanan. Ia juga boleh berjangkit melalui air liur (seperti bercumbuan).

Sekiranya ulser tidak dikawal ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk lagi:

haemorrhage iaitu pendarahan dalaman yang teruk. Akibatnya pesakit akan kehilangan banyak darah. Pesakit juga mungkin muntah darah dan mendapati darah dalam najis mereka.

lubang akan terbentuk di dalam lapisan usus. Ini boleh menyebabkan acute peritonitis dan memerlukan pembedahan segera.

perjalanan makanan dalam usus boleh terhalang bila terdapat parut hasil daripada ulser tersebut. Ini menyebabkan pesakit muntah dan boleh menurunkan berat badan.




Sunday, December 4, 2011

WHAT ON YOUR MIND? ~ Siapa yg akan menjadi mangsa aku kali ni?

Rasa macam nak berbincang-bincang masalah negara dgn orang la..... rasa macam nak call seseorang. Tapi sapa ya? Emm... tgh pikir.

Saturday, December 3, 2011

Bersantai-santai...

Projek minggu ni.... nak mendeco bilik menonton/bilik en suami. Konsep : Kedesaan Inggeris. IRP tak suka konsep tu, tapi makin aku buat. Dasyat tak aku? LOL...

Biawak Hidup?.

  Living off   = hidup dengan bergantung pada sesuatu/seseorang sebagai sumber kewangan atau keperluan hidup. living off your parents  → hid...